12 February 2012

Jika Hantu Berstatus Facebook

Asyik-asyik korang tgk kawan korang jer yg update status kat facebook. Agak-agaknya klau hantu ada jugak akaun facebook lebih kurang macam ni kot dorang punya status...

1 - Pocong - Penat la seharian lompat sini, lompat sana. Sesekali nk jugak merasa naik monorel.

Tgk mata dia...tgh tgk korang
2 - Langsuir - Arghhhhh..balik awal la malam ni. Mengantuk la...lagipun suara dah serak mengilai dari td.

3 - Pelesit - Tak puas hati betul aku dengan manusia ni. Diaorang yg merempit kita pulak dapat nama..pelesit jalanan la, jahat macam pelesit la..tensen!!!

4 - Toyol - Apa punya orang kaya daa...rumah jer besar duit seposen haram pun xde..jatuh maruah aku..

5 - Hantu Raya - Yahooo...Tuan aku out station tiga bulan. Bini dia tinggal,  suruh pulak aku jaga. hahahaha... xkan tengok-tengok saja kot?

6 - Pontianak - Hari ni hari paling bahagia sebab dapat belakon dengan lisa surihani, tggu cerita kami di pawagam...k guys....

7 - Hantu Galah - Kurang hajau punya toyol...kau hack akaun aku yer...macam mana kau tau  password aku hah?

Macam ni ker ek kalau diaorang semua ni ada facebook...klu korang tahu hantu apa lagi yang ada..komen la...hantu ngan status hantu tu....hahhahahaha

Soalan Yang Dibalas Dengan Soalan

Memang rasa nk bagi penampar jer bila diajukan soalan dengan harapan dapat jawapan tapi dapat soalan balik. Korang pun, termasuk la yg menulis ni 2 kali 5 jer penah buat.... hahahaha

1 - Kita nk pegi makan kat mana ni?
   - Makan kat mana ek? Kat mana tempat makan yg best ek?

2 - Selamberderk bila ko nk bayar duit rumah ni, dh seminggu lewat?
   - Eh, aku tak bayar lagi ke duit rumah, berapa ek duit rumah?

3 - Hari ni berapa haribulan ye?
   - Berapa haribulan ek? kt rumah ko ni xde kalendar ker?

4 - Ni air siapa ni ek?
   - Air apa tu? Milo ker?

5 - Siapa dia budak yg buli kamu td? Cakap kat abang, tau la abang ajar dia.
   - Mana ek budak tu..abang ada nmpk budak pakai baju belang-belang tak?

6 - Ko cakap nk kenalkan aku pada pakwe ko, bila tu?
   - Ada ke aku kata nk kenalkan pakwe aku? Bila ye?

7 - Kenapa ngan ko ni...dah macam ayam berak kapur, ada masalah cakap la?
   - Kenapa ngan muka aku, dah macam ayam berak kapur ker?

8 - Kalo ko dapat la perompak tu, apa kau nk buat?
   - Agak-agak ko la, apa aku akan buat kalau aku dapat perompak tu?

9 - Kenapa ngan ko ni jalan lembab sangat ha, macam itik?
   - Itik jalan lembab ke? Macam mana itik jalan?

10 - Apa perasaan ko kalau dapat tahu awek ko ada boipren lain?
     - Siapa dia, cakap? Cakap? Aku cakap,cakap? Cakap la!!!?

pergh letih nk kene ulang 2 kali kan....klu tanya dijawap ngan pertanyaan lagi....zzzzz

Mengenali Karektor Perempuan Dari Caranya Ketawa

Sebelum ni TP ada post tentang "Mengenali Karektor Lelaki Dari Caranya Ketawa" ... kali ni TP citer pasal pompuan lak.....

Biasanya orang perempuan kalau ketawa tersipu-sipu tapi tu sebenarnya ketawa bedaah. Di bawah adalah tatacara ketawa yg menunjukkan karektornya yg sebenar.

1 - Perempuan Palsu - Bunyi ketawanya macam lelaki.

2 - Perempuan Sabar - Setelah semua orang habis ketawa, baru dia ketawa.

3 - Perempuan Adil - Mentertawakan dirinya sendiri.

4 - Perempuan Berani - Meniru ketawa pontianak ketika berhadapan dengan pontianak yg real.

5 - Perempuan Berkeyakinan Tinggi - Mentertawakan bos dengan bergaya.

6 - Perempuan Materialistik - Ketawa sambil meminta-minta dibelikan intan berlian.

mmmmm....macam mana cara korang ketawa....kongsi skit...:-)

30 January 2012

Tanda Korang Yang Giler bekerja

Sebut dalam bahasa omputehnya ialah "WORKAHOLICS".Nak tahu lebih lanjut sama ada korang merupakan sorang yang over bekerja...hahaha....jom kita sama2 baca kat bawah ni.... sebelum ni TP ada post tentang "Tanda Korang Kuat Berkeja" Link .....kali ni TP buat yg giler kerja plak.....


1 - Paling akhir sekali blah dari opis melewati waktu bekerja overtime yang sepatutnya.


2 - Sesangat-sangat tak sabar pergi kerja setiap hari.


3 - Tensen bila x dapat pergi kerja di masa hari-hari cuti am.

4 - Dapat notis dari bos yang menyuruh korang pergi bercuti, siap disponser lagi.

5 - Guard tak diperlukan pasal korang sentiasa ada kat opis..pagi,petang,siang atau malam.

6 - Takde istilah stress bekerja sebaliknya lagi stress kalau tak kerja.

7 - Hanya tahu jalan nk ke tempat kerja dan balik rumah jer

8 - Tak kisah tak cukup tidur berbanding kalau tak cukup kerja.

9 - Buleh siapkan kerja-kerja yang sepatutnya dibuat tahun depan.

10 - Cuti tahunan tak pernah pakai..kalau dikumpulkan dari tahun-tahun sebelumnya buleh menyamai setahun jumlah cuti.

Ada tak korang semua ciri2 kat atas....kalau ada pergh mmg korang sorang yang gile bekerja lah.....




29 January 2012

Bahasa Mahkamah

Mari kita buat ayat dengan bahasa Mahkamah.


1 - Menimbulkan keraguan munasabah

Abu menimbulkan keraguan munasabah kepada guru kelasnya apabila memberi alasan untuk tidak hadir ke sekolah kerana nenek bersalin.

2 - Memfail Permohonan
Kakak Abu memfailkan permohonan untuk bekerja di syarikat import dan eksport itu dengan menghantar resumenya dalam fail sebagai pemohon beserta gambar berukuran pasport.

3 - Sabit Kesalahan
Jika disabit kesalahan, abang Abu boleh dikenakan hukuman kerana dengan sengaja menyorokan dua bilah sabit tukang kebun sekolah biarpun hanya sekadar gurauan bersama rakan.

4 - Sebutan Semula
Adik Abu yang baru berusia setahun diajar melakukan sebutan perkataan yang diucapkannya supaya ianya lancar dan tidak kedengar seperti nyanyian rap.

5 - Memberi Keterangan
Ayah Abu memberi keterangan kepada pihak TNB tentang masalah bekalan tenaga elektrik yang terputus tiba-tiba dirumah, di percayai berpunca daripada kehadiran surat merah.

kalau ada rakan bloger yg pandai buat ayat dari mahkamah ni sila lah buat kat ruangan komen...kongsi ngan rakan2 bloger yang lain.....maaf nyer pada yg nama ABU sbb guna nama tu tuk post kali ni....:-)


Mengenali Karektor Lelaki Dari Caranya Ketawa

Cuba Perhatikan ketawa Boifren korang, tengok kot-kot ada yang sangkut macam kat bawah ni.


1 - Lelaki Kedekut - Ketawanya pendek-pendek, ringkas aje bunyinya.


2 - Lelaki Dermawan - Berketawa sambil menabur duit kepada orang.

3 - Lelaki kurang Pertimbangan - Tidak boleh berhenti ketawa.

4 - Lelaki Kurang Ajar - Orang bersedih tetapi dia boleh bantai ketawa berdekah-dekah, memang biadab.

5 - Lelaki Lemah Semangat - Pengsan mendengar ketawanya sendiri.

hahaha...macam mana para perempuan kat luar sana..ada tak ciri2 bf korang macam kat atas  ni....TP punya ketawa macam mana ek...mmm....rahsia.....ni bukan betul2 tau....cuma hiburan..klu korang ambik serius abislah bf korang nnt...heehehhe


28 January 2012

Rekod Dunia Yg Belum Dibuat

Korang nk cuba buat rekod dunia? Cuba korang buat benda yg TP senaraikan ni...Klu boleh buat maka nama korang akan tersenarai dalam buku rekod  dunia...KOMPEM xde sape berani lawan..

1 - Minum air laut sebagai minuman ruji

2 - Kira bintang di langit guna sempoa.



3 - Belajar bahasa lembu dengan harapan dapat membela masa depan lembu.

4 - Balik kampung dan melawat sanak saudara naik burung merpati.

5 - Mengkomersialkan tanaman rumput dan lalang sebagai tanaman botanik.

6 - Lumba berenang dengan ikan lumba-lumba.

7 - Lawan menyelam dengan kapal selam.

8 - Pakai ular sawa batik bagi mengantikan penggunaan batik.

9 - Buat bungge jumping..tapi tali ikat dekat leher.

10 - Belanja member makan seumur hidup tanpa mengharap balasan.

Kalaulah ada kawan TP nk buat yg no-10 tu kan best....hahaha....

Buang Tebiat Di tempat kerja

Perasan dengan tak perasan tapi kalau beginilah yg berlaku kepada rakan sejawat atau diri korang sendiri, memang sah sesangat dijangkiti virus buang tebiat.Orang katalah, buang tebiat ni tanda-tanda nak ....................

Rasa cam nk buat jer benda2 ni..kahkahkahkah..........jom baca....

1 - Mula-mula bawak pokok kaktus yg kecik2, lepas tu besar skit dan berura-ura nk tanam pokok pinang dalam pasu besar plak.

2 - Mengipas bos terang-terangan menggunakan kipas meja atau kipas sate.

3 - Membela tikus. Tahulah menatang tu cute tapi dalam kuantiti yang melampau banyak, dah tu bukannya jenis hamster tapi tikus rumah.

4 - Meronda meja kekawan buleh tahan lagi tp kalau dah berkawad siap kepit buku kat ketiak tu, tu macam sentul pulak.

5 - Sikit-sikit tacap muka, lepas tu dengan muka kawan sebelah pun nk ditacapnya jugak walhal member tu jantan...termasuklah korang.

6 - Tak puas hati dengan pengurusan dan membangkitkannya dengan masa meeting.Memang mengkagumkan dan berani tetapi hal pengurusan kelab bola sepak yang xde kene mengena ngan kepentingan syarikat.

Sape-sape ada keberani jom lah buat benda2 ni.......

Yang Perlu Korang Tahu Pasal Lelaki dan Perempuan

Apa yg korang tahu pasal lelaki dan perempuan..kat sini TP nk bongkar serba-sedikit tabiat kedua-dua kaum..

Lelaki - Hanya berpakaian kemas semasa majlis orang kawin dan hari raya..tu pun sekerat hari.
Perempuan - Pegi pasar, siram bunga, buang sampah, jumpa kawan dan sebagainya mesti kena dressing.

Lelaki - Muka tetap maintain lepas bangun tido.
Perempuan - Belum pun separuh malam muka dah berubah buruk..tempek bedak sejuk.

Lelaki - Cermin adalah untuk tengok belakang semasa pemanduan jer.
Perempuan - Perkara wajib ialah belek muka kat cermin semasa masuk dan keluar dari jamban

Lelaki - Lebih kepada survey perempuan tanpa memikirkan buruk baik fizikal sendiri.
Perempuan - Sebelum membeli sesuatu barang akan survey di kedai-kedai lain terlebih dulu.

Lelaki - Bertanya adalah sesuatu yang cuba dielakkan.Sebaliknya akan menyalahkan jalan dari mengatakan diri sendiri yang salah kalau tersesat.
Perempuan - Tak penah ragu-ragu atau malu bertanya.

Jadi apa pendapat korang semua...TP rasa ni memang betul kot...kahkahkah....hanya untuk hiburan jgn ada yg terasa tau..

27 January 2012

Tanda Korang Kuat Bekerja

Klu xde 1 pun yg sama ngan diri korang maka tanpa perlu berfikir panjang, sahlah korang  tak tergolong sebagai orang yg kuat bekerja...hahaha...TP pun entah ada ker xde ni...Meh kita baca........................

1 - Mempunyai 2, 3 kerja extra yang dibuat part time selepas waktu kerja normal...bukan pasal nk cari pendapatan lebih ke apa tp sbb korang suka melakukanya....

2 - Kengkawan semua dah lepak kat rumah layan anak cucu tapi korang masih x terpikir pun nk berhenti, lagi nk sambung kontrak kerja adalah.

3 - Sedih dan pilu ngalahkan anak yatim nestapa 'Lela Majnun' bila tgk jam dah nk abis waktu bekerja..kalaulah masa boleh berhenti...

4 - Ada bini, anak pun berderet bolehlah tahan tapi lansung tak boleh ingat bila kawin..sedar2 tgk anak dah besar.

5 - Motto hidup korang adalah berbunyi seperti ini, "Hidup untuk bekerja" bukannya "Bekerja Untuk Hidup".

6 - Berasa stress pulak bila hari cuti..memang tidur tak kenyang, makan x basah, mandi x lena dibuatnya..mmg sah sangat stress sampai x perasan.


Dari semua yg kat atas tu ada x salah 1 dari diri korang...TP pun masih pk yg mana 1 ada ngan diri TP ni ek...kahkahkahkahkah....



SENI DARI PASIR

Wau video ni dah lama TP tgk...tp kali ni TP nk kongsi lah ngan rakan2 sekalian..kita sama2 tgk lah seni dari pasir ni...klu TP leh buat macam ni kan best..leh TP post hari2 apa yg TP buat...hahaha...setiap manusia ada kelebihan masing2...jom kita tgk seni ni...



Macam mana menarik tak video ni... jiwang jer rasanyer kan...hahaha...

26 January 2012

KENAPA X PERLU NAMAKAN ANAK PANJANG2?

TP bukan apa...kenapalah nk letak nama anak panjang..sampai kat ic tu dah xde nama bapak dah..adoi..nk glamor ker apa ntah...mmm..... kenapa x perlu letak nama panjang2...meh kita usha skit....

1 - Letak nama panjang2 pun bukannya korang nk panggil nama penuh diorang pun.korang tetap gak guna nama pendek yg senang nk sebut.

2 - Nanti susah nk sebut nama tu ngan lancar bila orang tanya nama anak korang.

3 - Takde la menyusahkan anak korang bila diaorang sekolah pasal nk tulis nama diaorang yang panjang tu kat buku latihan sekolah

4 - Korang juga yg untung, jimat dakwat pen dan memori korang kalau ada anak ramai.

5 - Nanti xyah lah korang nk susah payah bagi alasan kalau orang tanya kenapa nama anak korang panjang sangat.

6 - x lah lidah tok kadi berbelit2 bila nk nikahkan anak korang nnt.





MEMORANDUM

Assalamualaikum...

TP baru jer tukar link ngan salah 1 member blog TP...sebelum ni TP x penah lagi tukar ngan sape2...ni kali pertama..TP buat ni pun sbb TP masih baru dalam dunia blogging ni...masih xtau apa2..hehe..dia ni gak merupa kan salah 1 sifu TP dalam dunia blog ni..bnyk dah yg dia tunjuk ajar kat TP..ok orgnyer...selamber jer..macam blog dia juga...nk kenal sape dia jenguk lah kat blog dia http://slumberdek.blogspot.com/ ...nama blog pun slumber macam orgnyer jugak.....sila-sila lah melawat blog dia juga....




Dia dah bnyk bantu TP dalam dunia blog ni...terima kasih ngan dia sebab sudi tukar link ngan TP ni yg masih belajar merangkak...hehe...TERIMA KASIH SLUMBERDEK...

25 January 2012

WAKTU BILA ORANG AKAN RASA MENYAMPAH

Kat sini TP nk kongsi skit waktu bila orang akan rasa menyampah...hahaha....betul ker tak TP xtau lah macam mana.....tp macam betul jer....jom kita sama2 baca....

1 - Menyampah kat BOS - Sekali dalam setahun, bila bos tak bagi bonus atau kenaikan gaji.

2 - Menyampah kat STAF - Selalu dalam sebulan, bila bos suruh buat keje lebih skit dah mintak naikkan gaji.

3 - Menyampah kat SUAMI - Sentiasa setiap bulan, bila time gaji kedekut nk bagi bini.

4 - Menyampah kat ISTERI - Kerap setiap bulan, bila gaji je mintak dibelikan itu ini.

5 - Menyampah kat PAKWE - Setahun sekali bila dia buat-buat lupa tarikh hari jadi.

6 - Menyampah kat MAKWE - Selalu setiap kali bila muka muncung ngengada kalau tak beli yang dihajati.

7 - Menyampah kat DOKTOR - Sering berkali-kali bila pesakit mengharapkan MC tapi x dapat.

8 - Menyampah kat PESAKIT - Saban kali bila penyihat menyamar menjadi pesakit bagi mendapatkan MC untuk dating ngan buah hati.

9 - Menyampah kat POLIS - Beberapa kali bila tersilap sikit pun kene saman, silap sikit jer nk saman.

10 - Menyampah kat PESALAH - Banyak kali berlaku bila dah salah xnak ngaku silap, pastu xnk bayar saman.

11 - Menyampah kat CIKGU - Berkali-kali dalam sehari bila asyik kene suruh buat kerja rumah tapo exam x penah lulus.

12 - Menyampah kat MURID - Selalu setiap kali bila gagal exam je salahkan cikgu walhal malas belajar.

haha....macam mana? ada tak yg di atas penah korang buat..rasa menyampah..mesti ada kan...jangan tipu lak...:-)
     
       

20 January 2012

HONG KONG VS HINDUSTAN

Perkara yg Anda Tahu Tapi Tak Sedar dalam Filem Hong Kong & Hindustan
kat sini kwn nk kongsi sikit ngan teman2 sekalian.........

Hong Kong

1 - Adalah malang menjadi ibu bapa hero kerana selalu menjadi mangsa pembunuhan penjahat semasa dia masih kecil lalu jadi yatim piatu. Gf hero pula pasti jadi mangsa culik.

2 - Jika seseorang cedera parah @ hampir mati, dia sempat menarik nafas & berkata sepatah dua untuk memberitahu identiti pembunuhnya sebelum kepalanya terkulai menandakan kematian.

3 - Ada skill untuk terbang melintasi bumbung rumah, pokok & jarak yang jauh tanpa berpeluh tapi nk pergi ke kampung @ bandar lain terpaksa naik kuda pula.

4 - Hero tak perlu kerja untuk wang tapi selalu ada duit emas @ perak untuk bayar selepas makan.

5 - Hero & penjahat akan bertemu 1 sama lain walau besar mana pun negara tu @ jauh mana sekalipun lokasi mereka.

6 - Tak perlu doktor kalau alami kecederaan dalaman. Duduk bersila, tutup mata, angkat tapak tangan sambil siku di lutut & asap akan keluar dari kepala. Lepas tu pulihlah kecederaan.

7 - Mereka boleh simpan pelbagai barang (terutama wang) pada lengan baju @ lipatan kain pinggang tanpa tercicir walaupun berlawan setengah mati.


Hindustan 

1 - Seorang lelaki x tunjuk rasa sakit walau dibelasah seteruk mana sekalipun tetapi mengerutkan muka semasa lukanya dibersihkan oleh wanita.

2 - Hero x boleh jatuh cinta dengan heroin selagi mereka tidak melakukan nyanyian & tarian dalam hujan.

3 - Sekali saja make-up tapi akan bertahan walaupun dalam hujan, peperangan @ tangisan.

4 - 2 kekasih sedang menari di padang, tetiba ntah dari mana datang 100 orang yang tidak dikenali menyertai mereka menari bersama.

5 - Bahasa  inggeris wajib disebutkan kuat secara tiba2. "Shut up!", "Get Out!", "Impossible!", "My God!", "No Problem!", & "Please forgive me!".

6 - Boleh berlari keliling pokok kelapa, sambil menyanyi, sambil berguling-guling, sambil main mata, sambil bertukar-tukar pakaian tanpa rasa penat.

7 - Dalam babak terakhir, hero akan mengetahui musuh sebenarnya ialah abang kandungnya & tukang gaji yang menjaganya ialah ibu kandungnya & ketua inspektor ialah bapa kandungnya & hakim mahkamah ialah pakciknya serta seterusnya.


hahaha....amcam ngan fakta2 tu....betul ke salah ek.....cam betul jer kwn rasa..
ni sebenarnya post pertama kwn untuk tahun ni ..tahun 2012..........hehehe..


  

26 November 2011

BOSAN dan BOSAN

ASSALAMUALAIKUM.....


pergg....bosan nk mampus kat umah sorang2...nk kuar kawan2 xde...ada plak yg kene keje hari ni...dari td kawan main game..hahaha...bosan dah main game..asyik kalah jer main..xde topik nk citer hari ni...merapu jer lah....

apa yg kwn buat setakat ni ek....skrg ni jam 3.08 p.m.....bangun pagi jer td mandi...bagi makan kucing...cuci sisa-sisa kumbahan kucing...ada 2 ekor jer...kemas rumah skit...makan...pastu main game sampai lah kwn taip kat sini...adoiya...bosan nyer... layan anime jer lah...dh bosan main game...adoiya...sblum tu akan lawat blog2 korang yg follow kwn ni...:-)... peace

16 November 2011

Aku Kembali

Assalamualaikum...


wah....tajuk bukan main lagi....setelah lama kwn x update blog..kwn kembai untuk update kali ni....bukan apa kwn x update..bz memanjang....xde masa..tp bila ada masa kwn main game plak...kadang2 sampai terlupa ada blog....hehehe...kwn xde idea nk taip apa sebenarnya ni...sekarang ni kwn kat opis..sorang2 jer kat opis ni..tu yg leh nk update jap....

Yang menarik berlaku hari ni cuma kereta kene ludah ngan roti yg telah di kunyah...xtau lah apa yg sakit hati sgt ngan kete tu..ahaha....jgn lah ludah2 kete tu...dh kotor...nk kene cuci lagi...adoi...lain kali letak lah duit...kan elok skit...ehhehehe.....ok lah kwn nk sambung buat keje dulu lah...hehehe...peace.....






15 September 2011

BERTUMBUK DGN PEMANDU TEKSI

Malang nyer nasib kwn hari ni...dah lah si dia x dapat nk di hubungi..pastu pagi td bgn lewat plak..pastu sampai kat opis kul 9 opis plak x buka lagi..kene lagi tggu...adoi...tp yg paling malang hari ni bertumbuk ngan abg teksi...hahaha terbaek hari-hariku.....

kisah nya macam ni..pasal tambang jer kot..tambang teksi tu rm 14..jadi termasuk ngan tol rm 1..semuanya rm 15 lah kan...jd kwn bayarlah rm 15..boleh plak dia cakap harga lain...x masuk akal lah..lagipun bukan ada dia kasi makan minum pun kat kawan..kalau cakap baik2 boleh lah gak kwn kasi..ni kwn dh bagi rm15 dia terus marah..dh mmg rm 15-16 jer kalau kwn naik teksi untuk ke tempat kerja..nk minta lebih2 plak...bayar ikut meter lah...

dh bayar kwn turun jer lah dari teksi tu nk gi sarapan kt kedai mamak..si pemandu yg x puas hati ni dtg dari belakang kasi kwn hadiah sebiji kat pipi..berdesing telinga makan penampar..hahaha..silap org dia nk main..tanpa buang masa tangan kanan kwn hinggap plak kt pipi dia tp dia x bergerak dari kedudukan dia macam mana kwn tergerak bila kene penampar dia..lawan kwn tu india..kwn ni cuma kt paras bawah cuping telinga dia jer..besar dia lah dari gua..arghhhhhhhhhhh.....peduli apa dia besar ke kecik..

lebih kurang macam ni kwn tumbuk dia

Dh kwn bagi sebiji dia marah2 plak..pastu dia nk bagi penumbuk dia..pergh...nasib baik kwn elak..kalau kene  naya tu..kwn ni kecik jer...kwn tnya apsal plak nk gaduh..kwn bayar ikut meter..dia x bnyk ckp masih lagi serang..kwn elak 2, 3 kali dh cukup kot..dpt dia makan penerajang kt perut dia sebiji ngan penumbuk lagi sebiji..haha..sakit tangan kwn ni..time dh kwn dh nk rasa seronok nk lepas tension ni dtg lah plak org ramai meredakan keadaan..bestnya jadi rakyat malaysia ada yg halang dari terus bergaduh x macam negara luar yg tahu tgk jer..diaorang tanya knpa..kwn citer je lah..pastu ramailh yg marahkan hero tamil ni..kwn ingatkan dh lepas lah..rupanya sempat juga rasa penumbuk dia..sial sakit kot..tp yg x best nyer...apsal lah gigi kwn yg longgar ni x tercabut..adoi..padahal dh kene tepat..rasanya klu xde yg pegang dia mmg tercabut kot gigi ni..tp ada orang tahan jadi kesan dari tumbukan dia berkurangan skit...

nasib baik x sakit balik gigi ni..kalau x naya...jadi moral dalam citer kwn hari ni (khas untuk perempuan) klu dh kene macam ni bayar jer lah..kang lain plak jadinya..tp kalau dia minta lebih2 sngt sampai berganda jgn lah bayar....silap kwn x sempat ambik no teksi tu..bodoh tul...lantak lah...score untuk pertarungan kali ni kawan menang...yea 3 - 2...jgn dia cari kwn balik keje ni dh lah..rasanya x kot..sbb ni kan malaysia...mesti dia pun tau dia salah... KORANG JGN JADI MACAM KWN TAU ... rasanya sbb tertekan kot kwn melawan td.. kwn x suka kekerasan .. guna akal dn fikiran lebih sesuai untuk elakan pergaduhan.. kwn lawan td pun sbb nk melindungi diri jer.. PEACE ..




RINDUKAN SI DIA

ASSALAMUALAIKUM


Rindunya ngan si dia..dah 4 hari x berhubung..lansung x tahu kabar berita..phone dia hilang..nk chat kt fb dia dh blog fb kwn..entah apa kabar dia sekrang..sihat ker sakit ker..4 hari tu kira lama lah gak kan..entah dia ingat x kt kwn ni..mungkin x..x salahkan dia pun kalau dia x ingat kwn kat sini..lgpun masa ni lah dia nk abiskan masa ngan family n bf dia kat sana..dia masih lagi bercuti..ada kt kmpg..:-(

macam mana nk bhubung ngan dia..1 jalan jer leh ubat rindu ni..mimpi..dh 2 malam kawan mimpikn dia..rindu sgt kot...hahaha...xpelah..boleh gak jd pengubat rindu...yg penting ada gak dia dlm mimpi...kahkakhakhah

Ya..mungkin kwn sekarang dh kehilangan dia...dia x perlukan kwn lagi dlm hidup dia..ya mmg benar tu..tp yg pasti dia xkn kehilangan kwn..ya dia xkn kehilangan kwn..kwn akan sentiasa ada untuk dia bila dia perlukan kwn..dia mungkin xkn sedar hal ini...tp kwn akan sentiasa berada di sisi dia saat dia perlukan pertolongan kawn nnt..dia xpernah akan kehilangan kwn walaupun kwn kehilangan dia dalam hidup kwn...

SYG DIA



11 September 2011

SAKIT GIGI

OH TIDAK......gigi kwn dh sakit balik..adoi..kenapa lah nk sakit plak ni..huhuhu...tension macam ni...xleh tahan sakitnya...arghhhhhh......gigi kwn ni ada 1 yg berlubang dan longgar...malas nk jumpa doktor gigi nk cabut..bukan sbb takut...mungkin takut kot...xlh x takut pun....hehehe.....malas lah nk gi cabut...nk rasa kebas...nnt makan x rasa apa..tp sakit plak gigi ni kalau x cabut....ehehe....biarlah gigi ni tanggal sendiri..lagipun dh longgar...dh goyang2 dah....hehehe...macam budak2 kan xnk cabut gigi...tp budak sekrang berani jer nk cabut...hahahaa....harap2 x sakit lah lepas ni..malas nk rasa sakit ni...x tahan...

argh...sakitnya...

Sape-sape ada pengalaman cabut gigi yg mengerikan atau pengalaman sakit gigi yg melampau2 kongsilah kt ruang komen....argh....sakitnyerrrrrrrrr