30 January 2012

Tanda Korang Yang Giler bekerja

Sebut dalam bahasa omputehnya ialah "WORKAHOLICS".Nak tahu lebih lanjut sama ada korang merupakan sorang yang over bekerja...hahaha....jom kita sama2 baca kat bawah ni.... sebelum ni TP ada post tentang "Tanda Korang Kuat Berkeja" Link .....kali ni TP buat yg giler kerja plak.....


1 - Paling akhir sekali blah dari opis melewati waktu bekerja overtime yang sepatutnya.


2 - Sesangat-sangat tak sabar pergi kerja setiap hari.


3 - Tensen bila x dapat pergi kerja di masa hari-hari cuti am.

4 - Dapat notis dari bos yang menyuruh korang pergi bercuti, siap disponser lagi.

5 - Guard tak diperlukan pasal korang sentiasa ada kat opis..pagi,petang,siang atau malam.

6 - Takde istilah stress bekerja sebaliknya lagi stress kalau tak kerja.

7 - Hanya tahu jalan nk ke tempat kerja dan balik rumah jer

8 - Tak kisah tak cukup tidur berbanding kalau tak cukup kerja.

9 - Buleh siapkan kerja-kerja yang sepatutnya dibuat tahun depan.

10 - Cuti tahunan tak pernah pakai..kalau dikumpulkan dari tahun-tahun sebelumnya buleh menyamai setahun jumlah cuti.

Ada tak korang semua ciri2 kat atas....kalau ada pergh mmg korang sorang yang gile bekerja lah.....




29 January 2012

Bahasa Mahkamah

Mari kita buat ayat dengan bahasa Mahkamah.


1 - Menimbulkan keraguan munasabah

Abu menimbulkan keraguan munasabah kepada guru kelasnya apabila memberi alasan untuk tidak hadir ke sekolah kerana nenek bersalin.

2 - Memfail Permohonan
Kakak Abu memfailkan permohonan untuk bekerja di syarikat import dan eksport itu dengan menghantar resumenya dalam fail sebagai pemohon beserta gambar berukuran pasport.

3 - Sabit Kesalahan
Jika disabit kesalahan, abang Abu boleh dikenakan hukuman kerana dengan sengaja menyorokan dua bilah sabit tukang kebun sekolah biarpun hanya sekadar gurauan bersama rakan.

4 - Sebutan Semula
Adik Abu yang baru berusia setahun diajar melakukan sebutan perkataan yang diucapkannya supaya ianya lancar dan tidak kedengar seperti nyanyian rap.

5 - Memberi Keterangan
Ayah Abu memberi keterangan kepada pihak TNB tentang masalah bekalan tenaga elektrik yang terputus tiba-tiba dirumah, di percayai berpunca daripada kehadiran surat merah.

kalau ada rakan bloger yg pandai buat ayat dari mahkamah ni sila lah buat kat ruangan komen...kongsi ngan rakan2 bloger yang lain.....maaf nyer pada yg nama ABU sbb guna nama tu tuk post kali ni....:-)


Mengenali Karektor Lelaki Dari Caranya Ketawa

Cuba Perhatikan ketawa Boifren korang, tengok kot-kot ada yang sangkut macam kat bawah ni.


1 - Lelaki Kedekut - Ketawanya pendek-pendek, ringkas aje bunyinya.


2 - Lelaki Dermawan - Berketawa sambil menabur duit kepada orang.

3 - Lelaki kurang Pertimbangan - Tidak boleh berhenti ketawa.

4 - Lelaki Kurang Ajar - Orang bersedih tetapi dia boleh bantai ketawa berdekah-dekah, memang biadab.

5 - Lelaki Lemah Semangat - Pengsan mendengar ketawanya sendiri.

hahaha...macam mana para perempuan kat luar sana..ada tak ciri2 bf korang macam kat atas  ni....TP punya ketawa macam mana ek...mmm....rahsia.....ni bukan betul2 tau....cuma hiburan..klu korang ambik serius abislah bf korang nnt...heehehhe


28 January 2012

Rekod Dunia Yg Belum Dibuat

Korang nk cuba buat rekod dunia? Cuba korang buat benda yg TP senaraikan ni...Klu boleh buat maka nama korang akan tersenarai dalam buku rekod  dunia...KOMPEM xde sape berani lawan..

1 - Minum air laut sebagai minuman ruji

2 - Kira bintang di langit guna sempoa.



3 - Belajar bahasa lembu dengan harapan dapat membela masa depan lembu.

4 - Balik kampung dan melawat sanak saudara naik burung merpati.

5 - Mengkomersialkan tanaman rumput dan lalang sebagai tanaman botanik.

6 - Lumba berenang dengan ikan lumba-lumba.

7 - Lawan menyelam dengan kapal selam.

8 - Pakai ular sawa batik bagi mengantikan penggunaan batik.

9 - Buat bungge jumping..tapi tali ikat dekat leher.

10 - Belanja member makan seumur hidup tanpa mengharap balasan.

Kalaulah ada kawan TP nk buat yg no-10 tu kan best....hahaha....

Buang Tebiat Di tempat kerja

Perasan dengan tak perasan tapi kalau beginilah yg berlaku kepada rakan sejawat atau diri korang sendiri, memang sah sesangat dijangkiti virus buang tebiat.Orang katalah, buang tebiat ni tanda-tanda nak ....................

Rasa cam nk buat jer benda2 ni..kahkahkahkah..........jom baca....

1 - Mula-mula bawak pokok kaktus yg kecik2, lepas tu besar skit dan berura-ura nk tanam pokok pinang dalam pasu besar plak.

2 - Mengipas bos terang-terangan menggunakan kipas meja atau kipas sate.

3 - Membela tikus. Tahulah menatang tu cute tapi dalam kuantiti yang melampau banyak, dah tu bukannya jenis hamster tapi tikus rumah.

4 - Meronda meja kekawan buleh tahan lagi tp kalau dah berkawad siap kepit buku kat ketiak tu, tu macam sentul pulak.

5 - Sikit-sikit tacap muka, lepas tu dengan muka kawan sebelah pun nk ditacapnya jugak walhal member tu jantan...termasuklah korang.

6 - Tak puas hati dengan pengurusan dan membangkitkannya dengan masa meeting.Memang mengkagumkan dan berani tetapi hal pengurusan kelab bola sepak yang xde kene mengena ngan kepentingan syarikat.

Sape-sape ada keberani jom lah buat benda2 ni.......

Yang Perlu Korang Tahu Pasal Lelaki dan Perempuan

Apa yg korang tahu pasal lelaki dan perempuan..kat sini TP nk bongkar serba-sedikit tabiat kedua-dua kaum..

Lelaki - Hanya berpakaian kemas semasa majlis orang kawin dan hari raya..tu pun sekerat hari.
Perempuan - Pegi pasar, siram bunga, buang sampah, jumpa kawan dan sebagainya mesti kena dressing.

Lelaki - Muka tetap maintain lepas bangun tido.
Perempuan - Belum pun separuh malam muka dah berubah buruk..tempek bedak sejuk.

Lelaki - Cermin adalah untuk tengok belakang semasa pemanduan jer.
Perempuan - Perkara wajib ialah belek muka kat cermin semasa masuk dan keluar dari jamban

Lelaki - Lebih kepada survey perempuan tanpa memikirkan buruk baik fizikal sendiri.
Perempuan - Sebelum membeli sesuatu barang akan survey di kedai-kedai lain terlebih dulu.

Lelaki - Bertanya adalah sesuatu yang cuba dielakkan.Sebaliknya akan menyalahkan jalan dari mengatakan diri sendiri yang salah kalau tersesat.
Perempuan - Tak penah ragu-ragu atau malu bertanya.

Jadi apa pendapat korang semua...TP rasa ni memang betul kot...kahkahkah....hanya untuk hiburan jgn ada yg terasa tau..

27 January 2012

Tanda Korang Kuat Bekerja

Klu xde 1 pun yg sama ngan diri korang maka tanpa perlu berfikir panjang, sahlah korang  tak tergolong sebagai orang yg kuat bekerja...hahaha...TP pun entah ada ker xde ni...Meh kita baca........................

1 - Mempunyai 2, 3 kerja extra yang dibuat part time selepas waktu kerja normal...bukan pasal nk cari pendapatan lebih ke apa tp sbb korang suka melakukanya....

2 - Kengkawan semua dah lepak kat rumah layan anak cucu tapi korang masih x terpikir pun nk berhenti, lagi nk sambung kontrak kerja adalah.

3 - Sedih dan pilu ngalahkan anak yatim nestapa 'Lela Majnun' bila tgk jam dah nk abis waktu bekerja..kalaulah masa boleh berhenti...

4 - Ada bini, anak pun berderet bolehlah tahan tapi lansung tak boleh ingat bila kawin..sedar2 tgk anak dah besar.

5 - Motto hidup korang adalah berbunyi seperti ini, "Hidup untuk bekerja" bukannya "Bekerja Untuk Hidup".

6 - Berasa stress pulak bila hari cuti..memang tidur tak kenyang, makan x basah, mandi x lena dibuatnya..mmg sah sangat stress sampai x perasan.


Dari semua yg kat atas tu ada x salah 1 dari diri korang...TP pun masih pk yg mana 1 ada ngan diri TP ni ek...kahkahkahkahkah....



SENI DARI PASIR

Wau video ni dah lama TP tgk...tp kali ni TP nk kongsi lah ngan rakan2 sekalian..kita sama2 tgk lah seni dari pasir ni...klu TP leh buat macam ni kan best..leh TP post hari2 apa yg TP buat...hahaha...setiap manusia ada kelebihan masing2...jom kita tgk seni ni...



Macam mana menarik tak video ni... jiwang jer rasanyer kan...hahaha...

26 January 2012

KENAPA X PERLU NAMAKAN ANAK PANJANG2?

TP bukan apa...kenapalah nk letak nama anak panjang..sampai kat ic tu dah xde nama bapak dah..adoi..nk glamor ker apa ntah...mmm..... kenapa x perlu letak nama panjang2...meh kita usha skit....

1 - Letak nama panjang2 pun bukannya korang nk panggil nama penuh diorang pun.korang tetap gak guna nama pendek yg senang nk sebut.

2 - Nanti susah nk sebut nama tu ngan lancar bila orang tanya nama anak korang.

3 - Takde la menyusahkan anak korang bila diaorang sekolah pasal nk tulis nama diaorang yang panjang tu kat buku latihan sekolah

4 - Korang juga yg untung, jimat dakwat pen dan memori korang kalau ada anak ramai.

5 - Nanti xyah lah korang nk susah payah bagi alasan kalau orang tanya kenapa nama anak korang panjang sangat.

6 - x lah lidah tok kadi berbelit2 bila nk nikahkan anak korang nnt.





MEMORANDUM

Assalamualaikum...

TP baru jer tukar link ngan salah 1 member blog TP...sebelum ni TP x penah lagi tukar ngan sape2...ni kali pertama..TP buat ni pun sbb TP masih baru dalam dunia blogging ni...masih xtau apa2..hehe..dia ni gak merupa kan salah 1 sifu TP dalam dunia blog ni..bnyk dah yg dia tunjuk ajar kat TP..ok orgnyer...selamber jer..macam blog dia juga...nk kenal sape dia jenguk lah kat blog dia http://slumberdek.blogspot.com/ ...nama blog pun slumber macam orgnyer jugak.....sila-sila lah melawat blog dia juga....




Dia dah bnyk bantu TP dalam dunia blog ni...terima kasih ngan dia sebab sudi tukar link ngan TP ni yg masih belajar merangkak...hehe...TERIMA KASIH SLUMBERDEK...

25 January 2012

WAKTU BILA ORANG AKAN RASA MENYAMPAH

Kat sini TP nk kongsi skit waktu bila orang akan rasa menyampah...hahaha....betul ker tak TP xtau lah macam mana.....tp macam betul jer....jom kita sama2 baca....

1 - Menyampah kat BOS - Sekali dalam setahun, bila bos tak bagi bonus atau kenaikan gaji.

2 - Menyampah kat STAF - Selalu dalam sebulan, bila bos suruh buat keje lebih skit dah mintak naikkan gaji.

3 - Menyampah kat SUAMI - Sentiasa setiap bulan, bila time gaji kedekut nk bagi bini.

4 - Menyampah kat ISTERI - Kerap setiap bulan, bila gaji je mintak dibelikan itu ini.

5 - Menyampah kat PAKWE - Setahun sekali bila dia buat-buat lupa tarikh hari jadi.

6 - Menyampah kat MAKWE - Selalu setiap kali bila muka muncung ngengada kalau tak beli yang dihajati.

7 - Menyampah kat DOKTOR - Sering berkali-kali bila pesakit mengharapkan MC tapi x dapat.

8 - Menyampah kat PESAKIT - Saban kali bila penyihat menyamar menjadi pesakit bagi mendapatkan MC untuk dating ngan buah hati.

9 - Menyampah kat POLIS - Beberapa kali bila tersilap sikit pun kene saman, silap sikit jer nk saman.

10 - Menyampah kat PESALAH - Banyak kali berlaku bila dah salah xnak ngaku silap, pastu xnk bayar saman.

11 - Menyampah kat CIKGU - Berkali-kali dalam sehari bila asyik kene suruh buat kerja rumah tapo exam x penah lulus.

12 - Menyampah kat MURID - Selalu setiap kali bila gagal exam je salahkan cikgu walhal malas belajar.

haha....macam mana? ada tak yg di atas penah korang buat..rasa menyampah..mesti ada kan...jangan tipu lak...:-)
     
       

20 January 2012

HONG KONG VS HINDUSTAN

Perkara yg Anda Tahu Tapi Tak Sedar dalam Filem Hong Kong & Hindustan
kat sini kwn nk kongsi sikit ngan teman2 sekalian.........

Hong Kong

1 - Adalah malang menjadi ibu bapa hero kerana selalu menjadi mangsa pembunuhan penjahat semasa dia masih kecil lalu jadi yatim piatu. Gf hero pula pasti jadi mangsa culik.

2 - Jika seseorang cedera parah @ hampir mati, dia sempat menarik nafas & berkata sepatah dua untuk memberitahu identiti pembunuhnya sebelum kepalanya terkulai menandakan kematian.

3 - Ada skill untuk terbang melintasi bumbung rumah, pokok & jarak yang jauh tanpa berpeluh tapi nk pergi ke kampung @ bandar lain terpaksa naik kuda pula.

4 - Hero tak perlu kerja untuk wang tapi selalu ada duit emas @ perak untuk bayar selepas makan.

5 - Hero & penjahat akan bertemu 1 sama lain walau besar mana pun negara tu @ jauh mana sekalipun lokasi mereka.

6 - Tak perlu doktor kalau alami kecederaan dalaman. Duduk bersila, tutup mata, angkat tapak tangan sambil siku di lutut & asap akan keluar dari kepala. Lepas tu pulihlah kecederaan.

7 - Mereka boleh simpan pelbagai barang (terutama wang) pada lengan baju @ lipatan kain pinggang tanpa tercicir walaupun berlawan setengah mati.


Hindustan 

1 - Seorang lelaki x tunjuk rasa sakit walau dibelasah seteruk mana sekalipun tetapi mengerutkan muka semasa lukanya dibersihkan oleh wanita.

2 - Hero x boleh jatuh cinta dengan heroin selagi mereka tidak melakukan nyanyian & tarian dalam hujan.

3 - Sekali saja make-up tapi akan bertahan walaupun dalam hujan, peperangan @ tangisan.

4 - 2 kekasih sedang menari di padang, tetiba ntah dari mana datang 100 orang yang tidak dikenali menyertai mereka menari bersama.

5 - Bahasa  inggeris wajib disebutkan kuat secara tiba2. "Shut up!", "Get Out!", "Impossible!", "My God!", "No Problem!", & "Please forgive me!".

6 - Boleh berlari keliling pokok kelapa, sambil menyanyi, sambil berguling-guling, sambil main mata, sambil bertukar-tukar pakaian tanpa rasa penat.

7 - Dalam babak terakhir, hero akan mengetahui musuh sebenarnya ialah abang kandungnya & tukang gaji yang menjaganya ialah ibu kandungnya & ketua inspektor ialah bapa kandungnya & hakim mahkamah ialah pakciknya serta seterusnya.


hahaha....amcam ngan fakta2 tu....betul ke salah ek.....cam betul jer kwn rasa..
ni sebenarnya post pertama kwn untuk tahun ni ..tahun 2012..........hehehe..