Perkara yg Anda Tahu Tapi Tak Sedar dalam Filem Hong Kong & Hindustan
kat sini kwn nk kongsi sikit ngan teman2 sekalian.........
Hong Kong
1 - Adalah malang menjadi ibu bapa hero kerana selalu menjadi mangsa pembunuhan penjahat semasa dia masih kecil lalu jadi yatim piatu. Gf hero pula pasti jadi mangsa culik.
2 - Jika seseorang cedera parah @ hampir mati, dia sempat menarik nafas & berkata sepatah dua untuk memberitahu identiti pembunuhnya sebelum kepalanya terkulai menandakan kematian.
3 - Ada skill untuk terbang melintasi bumbung rumah, pokok & jarak yang jauh tanpa berpeluh tapi nk pergi ke kampung @ bandar lain terpaksa naik kuda pula.
4 - Hero tak perlu kerja untuk wang tapi selalu ada duit emas @ perak untuk bayar selepas makan.
5 - Hero & penjahat akan bertemu 1 sama lain walau besar mana pun negara tu @ jauh mana sekalipun lokasi mereka.
6 - Tak perlu doktor kalau alami kecederaan dalaman. Duduk bersila, tutup mata, angkat tapak tangan sambil siku di lutut & asap akan keluar dari kepala. Lepas tu pulihlah kecederaan.
7 - Mereka boleh simpan pelbagai barang (terutama wang) pada lengan baju @ lipatan kain pinggang tanpa tercicir walaupun berlawan setengah mati.
Hindustan
1 - Seorang lelaki x tunjuk rasa sakit walau dibelasah seteruk mana sekalipun tetapi mengerutkan muka semasa lukanya dibersihkan oleh wanita.
2 - Hero x boleh jatuh cinta dengan heroin selagi mereka tidak melakukan nyanyian & tarian dalam hujan.
3 - Sekali saja make-up tapi akan bertahan walaupun dalam hujan, peperangan @ tangisan.
4 - 2 kekasih sedang menari di padang, tetiba ntah dari mana datang 100 orang yang tidak dikenali menyertai mereka menari bersama.
5 - Bahasa inggeris wajib disebutkan kuat secara tiba2. "Shut up!", "Get Out!", "Impossible!", "My God!", "No Problem!", & "Please forgive me!".
6 - Boleh berlari keliling pokok kelapa, sambil menyanyi, sambil berguling-guling, sambil main mata, sambil bertukar-tukar pakaian tanpa rasa penat.
7 - Dalam babak terakhir, hero akan mengetahui musuh sebenarnya ialah abang kandungnya & tukang gaji yang menjaganya ialah ibu kandungnya & ketua inspektor ialah bapa kandungnya & hakim mahkamah ialah pakciknya serta seterusnya.
hahaha....amcam ngan fakta2 tu....betul ke salah ek.....cam betul jer kwn rasa..
ni sebenarnya post pertama kwn untuk tahun ni ..tahun 2012..........hehehe..
nice entry....
ReplyDeleteHahhahaha serius lwkk.. btul3 stuju!!
ReplyDelete