29 January 2012

Bahasa Mahkamah

Mari kita buat ayat dengan bahasa Mahkamah.


1 - Menimbulkan keraguan munasabah

Abu menimbulkan keraguan munasabah kepada guru kelasnya apabila memberi alasan untuk tidak hadir ke sekolah kerana nenek bersalin.

2 - Memfail Permohonan
Kakak Abu memfailkan permohonan untuk bekerja di syarikat import dan eksport itu dengan menghantar resumenya dalam fail sebagai pemohon beserta gambar berukuran pasport.

3 - Sabit Kesalahan
Jika disabit kesalahan, abang Abu boleh dikenakan hukuman kerana dengan sengaja menyorokan dua bilah sabit tukang kebun sekolah biarpun hanya sekadar gurauan bersama rakan.

4 - Sebutan Semula
Adik Abu yang baru berusia setahun diajar melakukan sebutan perkataan yang diucapkannya supaya ianya lancar dan tidak kedengar seperti nyanyian rap.

5 - Memberi Keterangan
Ayah Abu memberi keterangan kepada pihak TNB tentang masalah bekalan tenaga elektrik yang terputus tiba-tiba dirumah, di percayai berpunca daripada kehadiran surat merah.

kalau ada rakan bloger yg pandai buat ayat dari mahkamah ni sila lah buat kat ruangan komen...kongsi ngan rakan2 bloger yang lain.....maaf nyer pada yg nama ABU sbb guna nama tu tuk post kali ni....:-)


2 comments: